Pages

Monday, October 1, 2012

Belum Cuba, Belum Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

SubhanAllah, dah lama biarkan blog nutrisi ini menyepi

Ramadhan dan Syawal dah berlalu
Bagaimana kesihatan korang masa bulan puasa dan raya hari tu?
Tambah berat badan? Turun berat? atau kekal berat?
Jika berat bertambah jangan terlalu risau
Kekalkan amalan gaya hidup yang sihat dengan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal :)

Bulan puasa lalu saya dapat satu anugerah daripadaNYA

Allah izinkan saya membantu seseorang
Nama panggilannya Mak Ngah. Sesiapa yang belajar kat SK Pasir Puteh dulu confirm kenal
Masa di rumah, emak saya beritahu Mak Ngah ni sakit lutut + kencing manis
So, emak pun berceritalah tentang nutrisi bagus ini pada Mak Ngah
Mak cakap cubalah minum dulu. Ikhtiar dulu
Yes, banyak kali mak beritahu
Mak Ngah pula cakap, " takpelah dulu, nanti nak guna beritahulah "




Suatu hari, anak Mak Ngah call mak

Tanya tentang ubat ni
Mak cakap ni bukan ubat, ni sejenis pemakanan
Then, anak Mak Ngah pun beli satu set untuk Mak Ngah
Hari saya dan mak hantar nutrisi ni, Mak Ngah makin tak boleh berjalan elok
Lututnya makin sakit
Saya pun ajarlah cara makan dan harap Mak Ngah ikut :)

Lepas 3 hari dan seminggu, saya follow-up Mak Ngah

Dia beritahu kat mak, perut tak masuk angin dah waktu siang puasa tu
Mak Ngah amik nutrisi ni malam lepas berbuka puasa
Means dia minum shake around 10 malam ke atas dan alhamdulillah siang esoknya perut tak masuk angin
Rasa badan pun ringan, sakit lutut dah makin kurang cuma kadang-kadang rasa kebas kat jari kaki
dan yang paling mengejutkan saya ialah masa solat hari raya, saya nampak Mak Ngah kat masjid
Allahuakbar!!!

Selain itu, Mak Ngah cerita juga kat mak

Bila orang datang rumah, orang ramai tegur Mak Ngah makin kurus
Lagi satu Mak Ngah beritahu mak baju dulu yang dah lama tak boleh pakai, sekarang dah boleh pakai balik, boleh kancing balik :)
Inilah hasilnya amalan nutrisi ini sepanjang bulan puasa dan lepas raya oleh Mak Ngah

Bukan satu je masalah makin diatasi, ada macam-macam

Bila tengok orang sihat, diri kita pun jadi sihat kan
Ingatlah bila kita tak sihat, ikhtiarlah apa saja kerana Allah yang menyembuhkan
Sebenarnya saya terharu sangat sebab anak Mak Ngah yang sangat beriya-iya nak Mak Ngah minum herbalife ni
Sebab Mak Ngah cakap benda ni mahal
Jangan risau Mak Ngah
Apalah sangat nilaiannya benda ni dengan nilai kesihatan Mak Ngah
Itu maknanya anak Mak Ngah saaangat sayangkan Mak Ngah dan nak Mak Ngah sihat :D

So, for outsiders there

Jika ada family anda yang ada masalah kesihatan, yang hidup telan ubat je, yang dah makan sihat-sihat tapi still sakit , sila berikhtiar untuk family anda yang tersayang
Jika ubat itu tak mampu menyelesaikannya, carilah jalan lain
Kan Allah suruh kita berusaha :)


p/s  :  korbanlah sikit wang tu untuk kesihatan parents kita. tak terbanding nilainya dengan 

           jasa mereka






Tuesday, August 7, 2012

Diabetic Diet

Bismillahirrahmanirrahim
Bagaimana puasa anda hari ini? Penat? Mengantuk? Tak bertenaga?
Keep it good ok :)

Korang pernah dengar tak perkataan glycemic index (GI) atau dalam bm indeks glisemik la
Mungkin orang yang ada sakit kencing manis a.k.a diabetis pernah dengar. tu pun kalau doktor ada beritahu
Mungkin juga tak pernah dengar
Kalau student bidang pemakanan atau diet, confirm pernah dengar dan belajar kan

The glycemic index (GI) is a ranking of carbohydrates on a scale from 0 to 100 according to the extent to which they raise blood sugar levels after eating. Foods with a high GI are those which are rapidly digested and absorbed and result in marked fluctuations in blood sugar levels. Low-GI foods, by virtue of their slow digestion and absorption, produce gradual rises in blood sugar and insulin levels, and have proven benefits for health. Low GI diets have been shown to improve both glucose and lipid levels in people with diabetes (type 1 and type 2). They have benefits for weight control because they help control appetite and delay hunger. Low GI diets also reduce insulin levels and insulin resistance.
Recent studies from Harvard School of Public Health indicate that the risks of diseases such as type 2 diabetes and coronary heart disease are strongly related to the GI of the overall diet. In 1999, the World Health Organisation (WHO) and Food and Agriculture Organisation (FAO) recommended that people in industrialised countries base their diets on low-GI foods in order to prevent the most common diseases of affluence, such as coronary heart disease, diabetes and obesity.


Ok, nak senang faham makanan yang tinggi GI tu tak bagus. Lagi-lagi untuk pesakit diabetis. Makanan yang rendah GI tu bagus untuk mereka. Makanan yang tinggi GI sebenarnya penyerapannya lebih cepat dan gula dalam darah pun naik dengan cepatnya. Sebaliknya untuk makanan yang rendah GI. Makanan ni lambat proses penyerapannya, so gula dalam darah pun naik secara perlahan-lahan. Sebab tu even orang yang sakit kencing manis tak makan nasi tapi makan roti je, kandungan gulanya tetap tinggi sebab roti tu tinggi GI. Roti putih tu ye kawan-kawan. Jangan fikir makan nasi je tak bagus. Berlambak lagi jenis makanan yang tinggi GI sebenarnya.


Nampak tak list makanan ni? Low GI food ialah makanan yang nilai bawah daripada 55. Sederhana GI ialah 55-70 dan high GI food yang nilai lebih 70. Nak tahu detail lagi boleh google ye. Kalau nak tahu nilai GI makanan, boleh buka ni : http://www.glycemicindex.com/
Ada gadget kat tepi sebelah kiri website untuk tahu nilai GI makanan.

Yang saya ingat low GI food tu macam beras basmathi, wholegrain bread, buah epal, oren, oat dll. Lepas tu high GI food yang saya ingat beras biasa, wholemeal bread, cornflakes, buah betik, tembikai, pisang dll.
Oh, jangan tertipu dengan produk wholemeal bread tu. Yang tu tinggi gak GI. Carilah wholegrain bread. Sila baca label pada makanan dengan betul :)


Haa, ni lagi satu maklumat GI. Sila buka mata luas-luas. Memang diakui low GI food sangat bagus untuk pesakit diabetis, termasuklah F1 Shake herbalife. That's why bila ada orang minum shake ni, lama-lama gula dalam darah mereka kembali jadi normal dan hilang terus dah sakit tu. Tak payah jumpa doktor selalu, tak payah cucuk insulin hari-hari. 


Gambar lelaki kat atas tu ialah Encik Mohamad, berasal daripada negara arab. Dari Kelab Nutrisi Plaza Pantai.  Sakit diabetis selama 20 tahun, sejak umur 20-an. Hari-hari cucuk insulin, lepas tu tak bertenaga, mata jadi kabur. Alhamdulillah, lepas dah amalkan shake F1, semua masalah dah selesai. Bonusnya, jadi bertenaga sepanjang masa.

Sakit kencing manis tu satu hal dah. Lepas tu akan jadi risiko sakit lain lak iatu nephropathy dan retinopathy iaitu sakit buah pinggang dan kekaburan mata. Tak best kan? Tak pasal-pasal dapat sakit lain pulak. Jadi tiap-tiap bulan kena tambah duit rawatan beli UBAT. Simpan duit kemain, lepas tu belanja banyak nak rawat. Sampai bila nak belanjakan duit tu sedangkan sakit tu tang tu jugak.

So, sesapa yang ada sakit ni, tak kisahlah kanak-kanak, remaja, orang dewasa atau orang tua, cuba amalkan makan makanan yang rendah GI. Kena konsisten. Kalau amik ubat tapi makan tak jaga, that's useless. Sebab ubat itu hanya untuk mengawal gula dalam darah. Cuba tukar tabiat makan, lepas tu cek la darah. Kalau berjaya baguslah. Kalau tak jugak dan rasa nak jadi sihat kembali macam dulu, you should try F1 shake ni. Sebab ni pun makanan. Tukar makanan biasa amik hari-hari tu dengan makanan ni. Ikhtiar dulu dan doakan agar Allah sembuhkan sakit kita tu. Jika diri sendiri takde inisiatif untuk berubah, sampai bila-bila pun anda tak kan berubah :)

Wassalam.

Sunday, August 5, 2012

Tea mix : Minuman tenaga dan mata


Bismillahirrahmanirrahim


Siapa suka minum kopi,sila angkat tangan sekarang! Siapa suka jaga malam sebab nak siapkan homework, assignments, kerja ofis etc. ? Siapa nak bakar kalori cepat-cepat lepas makan? Confirm ada yang nak kan?
Pernah dengar tea mix herbalife? Tea mix ini ada 5 fungsi :
A :  antioxidant
B :  burn calorie
C : curb appetite
D : detoxification
E : energy

Haa, senang kan nak ingat. ABCDE je. Kalau student slalu hafal akronim kan sebab senang nak ingat sesuatu fakta tu. Mcam tu la fungsi tea ni. Kalau masuk soalan exam, pasti dapat markah penuh :D.
Yang bestnya bila minum tea ni, badan rasa ringan dan tak mudah penat. Saya ingat dulu masa first time minum tea ni. Memang hari tu rasa tak penat langsung walaupun banyak berjalan dan buat kerja. Sampai sekarang badan ni tak cepat penat, kecuali angkat benda yang saangat berat. Lagi satu tea ni banyak bantu saya untuk stay up tengah malam siapkan homework. Mata pun terbuka luas je lagi masa orang lain khusyuk tidur. Tak perlulah minum kopi sebab saya memang tak minum sangat pun kopi. Sebab bila saya minum kopi, saya confirm ulang-alik ke tandas dan urin(air kencing) bau kopi. Oh no, sungguh tak best. Tapi bila minum tea ni, memang saya ulang-alik pergi tandas gak, tapi urin langsung tak bau kopi, bonusnya siap warna putih jernih, boleh bakar kalori dan bantu buang toksik dalam badan. Kalau urin kita warna kuning, tu tandanya banyak toksik dalam urin. Makin kuning, makin kotor sebenarnya. Jadi cara nak dapatkan urin yang putih jernih bersih macam air masak tu ialah melalui minuman tea ni.

Cara kita nak bakar kalori yang diambil harian ialah dengan melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal macam jalan kaki, kemas rumah, basuh baju, cuci pinggan, berkebun, naik turun tangga, jogging dan macam-macam lagi. Kalau kita jogging, jumlah kalori yang dibakar ialah 278kcal dalam tempoh 30 minit. Hoho, kena jogging 30 minit sehari sebab nak bakar kalori banyak tu. So, kena banyak buat aktiviti lagi kalau nak bakar banyak lagi kalori. Salah satu cara paling senang dan malas nak bakar kalori ialah minumlah tea ni. Bila minum panas-panas, badan akan berpeluh-peluh. Tak payah keluar berlari pun. Duduk dalam rumah je pun keluar peluh..hehe..bonusnya bila saya amalkan tea mix ni, berat badan maintain camtu je. Minum at least sekali sehari, berat badan memang cun macam tu sokmo, makanlah apa pun. Best betul :D
Selain tu, tea ni bagus untuk turunkan tekanan darah dalam badan terutamanya yang ada sakit darah tinggi, hipertensi tu. Tea ni bagus juga untuk kulit, bukan aloe dan F1 shake je. Satu hidangan minuman tu mengandungi 4-6 kalori je!!! Amazing!!! 

p/s : Cop! Korang jangan tak buat aktiviti fizikal langsung ye. Nanti otot sendi jadi kaku je. Must be balanced between healthy eating and physical activity in our daily life:)

Alat Cuci Usus : Herbal Aloe Concentrate


Bismillahirrahmanirrahim

Bagaimana nikmat-nikmat Allah hari ini? Moga-moga kita sentiasa bersyukur. Apa khabar usus anda hari ini? Sihat atau tak sihat? Macam mana pembuangan sisa toksik dalam badan anda? Hari-hari atau sekali je seminggu?


Kita basuh rambut dan gosok gigi hari-hari. Tapi macam mana kita mandikan usus kita yang tersayang? Makan buah? Minum air masak? Berkesankah?
Ini dia minuman untuk cuci dan bersihkan usus kita setiap hari. Aloe vera. Saya tahu semua orang tahu kebaikan aloe vera untuk kesihatan. Apa fungsi aloe vera herbalife ini?

1.      Meringankan sistem pencernaan dan melegakan perut dan masalah penghadaman
2.      Meningkatkan penyerapan nutrient ke dalam sel badan
3.      Bagus untuk membakar lemak untuk turunkan berat badan
4.      Membantu masalah ulser
5.      Membantu pelbagai jenis masalah kulit (alergik, gatal-gatal, ruam, kulit sensitif, jerawat)
6.     Tonik saraf yang bagus untuk sakit kepala, demam, muscle cramp, menstrual cramp, gastrik, pedih ulu hati
7.      Digunakan untuk rawatan rheumatism dan arthritis (sakit sendi dan lutut)
8.      Membantu mengurangkan selsema dan simptom asma (lelah)

Woha! Dalam satu minuman itu ada macam-macam kebaikan. Yang paling bestnya, bila minum aloe vera ni anda akan berlari-lari ke tandas sebab tak sabar nak buang sisa tak sihat dalam badan. Yang ada masalah sembelit tu, confirm la rasa lega gila-gila sebab akhirnya boleh buang puas-puas. Selama ni makan je macam-macam, tapi nak buat at least sekali sebulan pun payah. Dah makan banyak buah dan sayur pun tak jalan. Kesian kan perut kita still simpan benda yang tak elok. Sebab tu aloe vera ni saangat bagus untuk usus kita:)

Lagi satu masalah orang zaman sekarang ialah masalah kulit. Siapa rasa dia tak kisah pun mukanya naik banyak jerawat dan minyak-minyak? Saya angkat dua-dua tangan dan kaki ni bangkang..hehe..even adik saya yang baru umur 12 tahun pun selalu mengomel mukanya  naik biji-biji jerawat. Apa lagi golongan remaja dan dewasa yang masing-masing jaga sangat penampilan diri masing-masing.

Nak tahu sebabnya? Salah satu sebab benda alah tu suka naik kat muka kita sebab sel muka tak sihat. Sebab apa tak sihat? Sebab kita suka makan makanan yang berminyak, bergoreng dan berlemak. Kan makanan yang bergoreng tak bagus, sebab tu usus tak dapat nak bekerja dengan maksimum untuk serap nutrien. Macam mana la usus nak serap kan, dah kalau makanan bergoreng tu takde nutrien sihat pun. Can you see the reasons? Bila takde nutrien sihat diserap, sah-sah la sel kat muka pun tak sihat. Lepas tu muncullah biji-biji tercinta kat muka. 

Ramai orang pakai macam-macam jenis cleanser dan krim sebab nak dapat kulit cantik. Tapi ramai yang tak tahu nak dapat kulit cantik kena bersihkan sel dalam badan. Bukan hanya fizikal luaran. Setakat sapu-sapu kat permukaan kulit, memang ambil masa lamalah korang nak dapatkan kulit yang halus mulus gebu macam bayi :)
Alhamdulillah, lepas amalkan minuman aloe vera ni, saya boleh rasa perbezaan pada diri. Rasa usus dan kulit sangat sihat gitu. Lagi satu dah jadi sangat cerewet nak amik makanan bergoreng selalu. Sebab sayang kat kulit dan usus punya pasal :D. 

So, sape nak kulit cantik molek, just drink this aloe vera. Cuba habiskan satu botol tu dalam 1 minggu, saya jamin korang akan dapat apa yang korang inginkan. Lagi-lagi yang plan nak jadi cantik masa hari perkahwinan nanti :p

Haa lagi satu tak rugi langsung korang minum aloe vera ni. Saangat jimat dan tahan lama ok kalau at least amik sekali sehari. Meh la cuba.Calling calling ok.
Anda nak kurangkan perut buncit? Cubalah aloe vera ini ;)

Wassalam.


Fast Food for Intelligent People

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah, sekarang kita berada dalam fasa kedua bulan Ramadhan? Fasa keampunan daripada Allah. Macam mana bersahur dan berbuka dengan nutrisi sihat ini? Hope everything goes well:)
Tahu tak fast food tu makanan yang memang menjadi kegilaan ramai. Tak kira orang muda atau orang tua. Kenapa? Sebab ringkas, cepat disediakan dan mudah diperoleh di mana-mana. Tapi sayangnya fast food ini bukanlah MURAH sangat dan KURANG SIHAT. Kurang sihat bermaksud tinggi kalori dan rendah nutrien. Oh, ruginya!!! Pilihlah fast food yang sihat-sihat aje macam salad..hehe
Burger, french fries, ayam goreng, air bergas dan apa-apa lagi yang tak sihat tu la orang suka kan. Sebab makanan tu semua ada lemak yang tak sihat. Lemak tu memang semulajadi memberikan rasa sedap pada mulut bila dimakan. Ayam rebus dan ayam goreng. Which one dou you prefer? Of course ayam goreng kan. Upin Ipin pun suka ayam goreng tau.
Kalau yang saaangat suka fast food, 2-3 kali seminggu pasti pergi mana-mana outlets. Nak amalkan healthy diet, fast food tu kita boleh amik at least sekali je sebulan. Tipulah kalau saya cakap saya tak suka fast food. Sometimes makanlah jugak untuk puaskan selera makan sendiri. Tapi saya boleh kiralah berapa kali je setahun saya makan fast food:)


Why not you try this fast food. Fast food for intelligent people tu. Taraaaa...
Terus terang dalam gambar tu tulis fast food for intelligent people. Baca baca, jangan tak baca. Ini ialah Formula 1 Shake (makanan canggih) iaitu sajian gantian (meal replacement) dalm bentuk shake bernutrisi yang dicampur dengan protein soya, fiber sihat dan lebih 50 jenis nutrien. Yang bagusnya shake ini RENDAH KALORI tapi TINGGI NUTRIEN. Lepas tu kandungannya terdiri daripada tujuh warna buah dan sayur. That’s mean shake ini TINGGI ANTIOKSIDAN.  Antioksidan itu sangat bagus untuk sel badan macam entry saya sebelum ini. Kat mana kita boleh cari makanan macam ni? Cari nasi, ikan, ayam, sayur, buah untuk satu hidangan. Yes, still dapat nutrien tapi nutrien itu terhad. Mungkin makanan itu hanya tinggi karbohidrat dan protein, tapi vitamin dan mineral? Tahu tak vitamin dan mineral tu penting untuk sel badan?
Jangan anggap shake ini sebagai suplemen. Ia ialah sajian gantian dalam diet harian kita. Kan kita makan nasi setiap hari, so sama jela dengan shake ni, amik setiap hari. The best way is use this shake for our breakfast everyday. Setiap pagi masukkan nutrien sihat untuk dalam badan kita. Mesti sel-sel badan melompat kegirangan. Yahuuuu, my owner practices healthy diet everyday. I’m so happyJ. Boleh bayang tak kalau tiba-tiba usus kita bercakap. Letak benda molek, usus puji-puji. Letak benda tak molek, usus jerit-jerit marah. Cuba bayangkan. Hehe


Tipulah kalau orang amik lunch kat fast foof tu satu jenis makanan je. Takkan amik fries je? Burger je? Ayam goreng je? At least amik satu meal plus air gas lagi tu. Nak-nak time lunch dapat harga murah sikit. Satu meal pun harga at least memang RM 8 ke atas. Kalau yang tak nak air, kurang sikit harga. Yang suka saangat telan air gas tu, kena tambah RM2++ lagi kan? Can you compare normal lunch dengan shake lunch? Tengok gambar kat atas. Harga sama je tapi KEBAIKAN berbeza. 
Satu set fast food tu kalorinya 1500 ke atas normally. Sebab makanan tu tinggi lemak dan minuman tu tinggi gula. Kalau masa lunch dah ambil 1500 kalori ke atas, masa sarapan dan dinner korang amik ape? Masa morning tea dan evening tea kuih apa korang telan? Cuba tambah semua, saya confirm korang dah ambil kalori berlebihan pada hari tu. Kalau sekali sebulan takpe lagi kan, tapi kalau banyak kali seminggu, can you imagine what will happen to your body in the next 2 years? 

Renung-renungkan dan selamat beramal :D

Monday, July 30, 2012

Emak sihat, senang ibadat :)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, fasa pertama Ramadhan sudah berlalu
Tapi kita masih punya baki 2 fasa untuk bersahur dan berbuka dengan nutrisi sihat ini :)



Cuba tengok gambar kat atas. She is my lovely mom, dunia dan akhirat. 54 years old mother, super duper mom for 5 daughters. 
Ok, back to the topic. Dulu-dulu emak selalu sakit lutut, sendi-sendi tangan dan kaki. Kadang-kadang tak boleh nak gerakkan jari tangan. Pelik bukan?
Eh, mana ada pelik. Kan dah berumur, logik jela kalau sakit-sakit sendi tu. 
Tapi kalau benda ni kita yang umur 20-an pun dah rasa lenguh-lenguh sendi, itu yang sangat pelik.
Sakit lutut ni sebabkan emak susah sikit nak solat. Maksudnya, nak rukuk,sujud semua tu payah sikit. Sometimes sampai merangkak atas sejadah. Jadi, emak pun carilah solusi.

 koleksi nak sihatkan sendi dan masalah sembelit

Ini dia koleksi emak dulu-dulu. Banyak kan? Macam-macam jenis ada. Orang cakap, kalau sakit sendi, makanlah pil glucosamine tu. Yes, i know about it. Emak dah makan, tapi tak berkesan sepenuhnya. Kalau dah berkesan, takdela guna banyak jenis kan?
So, sebagai anak yang sangat sayang kat emak ni, saya suruh emak ambil nutrisi 1,2,3. 
Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit emak semakin baik dan sekarang dah takde masalah bila nak solat :)

nutrisi 1,2,3 yang diminum oleh emak setiap hari :)

Saya la manusia yang paling happy bila mak dah sihat. Yang paling penting, mak dah tak sakit-sakit masa nak solat. Alhamdulillah, bulan puasa tahun ni pun emak masih teruskan minum nutrisi ini. Tengah-tengah tido, bangun pukul 11 malam blend shake f1. Oh, sungguh comel. Nak sihat, semua boleh buat :D

Hari tu jumpa mak cik, tetiba makcik tegur mak ," kak long, nampak kak long makin kuruslah "
Dalam hatiku, " yahooo. at least orang lain dah nampak perubahan pada badan mak. itulah kelebihan Herbalife:)

Saya pun cakap dengan mak ," haa mak, tengoklah makcik siap puji makin kurus..hehe"
Mak balas , " ye ke, tengok berat badan sama je "
Saya balas lagi , " alah, tu yang mak tengok dan rasa. yang orang lain tengok lain pula nampak kan. ada la tu kecik kat mana-mana lepas amik herbalife ".

Jadi, sesiapa yang ada mak tercinta yang ada masalah kesihatan, ape-ape aje silalah perkenalkan nutrisi sihat ini untuk emak anda. Jika dah makan macam-macam jenis ubat tapi emak sakit jugak, inilah peluang besar untuk anda. Oh, bukan emak sahaja. Seluruh ahli keluarga,saudara-mara dan sahabat handai anda yang hadapi masalah kesihatan dan ingin sihat, please sumbat nutrisi ini dalam badan ini.

Call me now and ask me how NOW : )
Sediakan payung sebelum hujan.

Thursday, July 26, 2012

"CHANGING PEOPLE's LIFE"




ANDA BERSEDIA UNTUK UBAH HIDUP ANDA?



Salam sejahtera
Saya ingin menjemput anda ke suatu acara yang mengubah hidup ramai orang di Bukit Gambang Resort yang dipanggl "CHANGING PEOPLE's LIFE"! 
Ini kali ke 3 kami menganjurkan acara ini dan saya amat gembira sekiranya anda dapat berada disana kerana saya yakin acara ini akan dapat membantu memperbaiki dan merubah situasi hidup anda sekarang!

"Berkhidmat kepada manusia membawa Kehebatan"

spectacular-event


Lebih 1,200 orang dari segenap lapisan masyarakat dan dari seluruh pelusuk negara akan datang untuk belajar menjadi lebih gembira, sihat, segar bugar dan membina kejayaan dan kebebasan kewangan dalam kehidupan mereka.
Acara dua hari ini akan mengajar anda tentang suatu sistem langkah demi langkah yang dapat memberi anda:


1. Kebebasan kewangan                                                                                                               
2. kegembiraan dan keceriaan
3. Kesihatan dan tenaga 
4. Cara untuk berkhidmat kepada ramai
5. jadi 'boss' anda sendiri
6. Kebebasan MASA
7. Kawan yang berjaya
8. Kawan positif yang menolong anda!                                                                                       9. PENDAPATAN PASIF yang HEBAT!!


Dan banyak lagi...
Kami akan menerbangkan khas 2 Jurulatih JUTAWAN terbaik untuk melatih anda DAPATKAN HASIL MENAKJUBKAN dalam kehidupan anda. Kedua insan luar biasa ini telah transformasi hidup mereka hanya dalam 5-10 tahun, mereka berjaya berubah dari "ZERO TO HERO" menjana pendapatan pasif 6 angka setiap bulan. 

EVENT INCLUDE: SPECIAL BUKAT PUASA DINNER ON SATURDAY
SATURDAY NIGHT: SOLAT TERAWEKH JEMAAH & KULIAH RAMADHAN

LOCATION: BUKIT GAMBANG RESORT 28-29 JULY

Ticket price normal RM180 for 2 day trainingNOW LIMITED PRICE ONLY RM80!!!

CALL / SMS ME NOW AND SAFE RM100:

(Only until 27 July)

Sunday, July 22, 2012

Nutrisi Selular Lengkap

Pertama kali saya menghadiri Zero to Hero di Bukit Gambang Resort pada 7-8 julai 2012, event ini saaaaaaangat best dan rugi siapa yang tak datang. Belajar daripada A sampai Z. Thanks to Achik yang sudi berdua dengan along ke sana. Next time kita boleh pergi lagi.


 



 
Speaker kedua pada hari itu ialah Dr. Khadijah Md.Jadi, seorang doktor perubatan yang dah kerja 20 tahun. Now, fulltime in Herbalife J.
Masa ni saya rasa syukur sangat sebab saya dapat ilmu yang saya tak dapat sepanjang saya belajar dalam bidang pemakanan selama 4 tahun. Dr. Kadijah menerangkan tentang konsep nutrisi selular. Yes, herbalife is a cellular nutrition that good for human body. Nutrisi Herbalife ini merupakan makan untuk sel tubuh manusia, tubuh kita. Tubuh kita ni terdiri daripada 100 trillion sel. Woh, banyak saaangat sel kan. Kita pun tahu kan sel ni sangat penting dalam tubuh. Kita manusia ni pun diciptakan daripada satu sel, kemudian terus berkembang hingga menjadi satu badan yang lengkap. Alhamdulillah.
Korang tahu tak apa cara untuk dapatkan sel tubuh yang sihat? Tahu tak apa makanan yang bagus diambil untuk kesihatan sel tubuh kita?


Jawapannya ialah nutrisi herbalife. Nutrisi ini ialah makanan untuk sel yang mempunyai tiga fungsi utama iaitu CAR (Cleanse intestine, Absorb nutrient, Repair & Regenerate). Fungsi pertama ialah untuk bersihkan usus kita. Usus kita ni terdiri daripada villi iaitu jejari halus ala-ala pengelap kaki tu. Dan usus ini sangat penting untuk proses penyerapan nutrien. Jadi, nutrisi herbalife diformulasi untuk menyokong kesihatan villi. Bila villi sihat, senanglah nutrien diserap. Bila villi tak sihat, kau makan la apa jenis makanan yang sihat pun, nutrien tu takkan diserap. Sebab tu orang yang kurus susah nak naik berat badan. Dah makan macam-macam untuk naikkan berat, minum susu la, makan weight gain vitamin la. Tapi sebab ususnya tak bersih, usus tu tak mampu serap pun apa yang korang telan. Sama la jugak macam orang yang nak turunkan berat. Makan macam-macam jenis produk, kurang makan nasi, roti, banyak bersenam, kawal makan tapi berat macam tu jugak. Kalau turun pun sikit je, lepas tu naik balik. Sebab apa? Jawapannya hanya satu. Sebab USUS KOTOR.

Fungsi kedua pula ialah untuk penyerapan nutrien. Tak best kan bila kita makan, makanan tu tak diserap pun ke sel seluruh tubuh, lepas tu dibuang macam tu je. Maksudnya mungkin nutrien yang baik tu kita buang balik masa kat tandas. Makan – flush, makan – flush. So, apa tujuan kita makan tu kalau tak boleh kasi khasiat pada badan sendiri kan? Jadi, nutrisi ini memang tepat untuk sel badan kita. Bila dah makan nutrisi ini, sel-sel badan yang tak betul tu akan dibaiki dan apa-apa nutrien yang dimakan lepas tu diserap dengan jayanya. Senanglah nak naikkan berat, turunkan berat atau kekalkan berat badan kan?

Fungsi ketiga ialah membaiki dan membina semula sel-sel badan yang rosak dalam tubuh kita ni. Salah satu punca kerosakan sel ialah daripada makanan yang kita ambil setiap hari. Jadi, cara untuk baiki balik dan bina semula sel yang sihat ialah melalui nutrisi selular. Memanglah kita makan makanan yang sihat setiap hari kononya, ambil buah, ambil sayur, ambil protein tapi tak semua nutrien akan diserap jika sel tidak sihat.
Cara untuk mendapatkan sel tubuh yang sihat ada 4 cara :
1-      Bahan semulajadi yang rendah kalori
2-      Makanan berserat tinggi
3-      Protein tumbuhan yang sihat
4-      Makanan yang terdiri daripada pelbagai warna buah dan sayur (tinggi antioksidan)
Dari mana kita nak cari satu jenis makanan yang ada semua fungsi ni?
Contohnya roti whole grain dah rendah kalori dan serat tinggi. Tapi takde protein tumbuhan yang sihat dan takde warna buah sayur pun. So, tak complete pun.Sebab itu Herbalife ini merupakan nutrisi selular yang sangat sesuai untuk tubuh manusia. Tahu tak siapa yang reka? Ni dia :



Nampak tak gambar Dr. David Heber? Beliau ni Director in Center for Human Nutrition, UCLA. Lepas tu Dr. Luigi Gratton, clinical physician di tempat yang sama. Mereka dah kaji tubuh manusia, kaji sel-sel apa yang bagus untuk tubuh kita dan fikir kandungan nutrien apa yang penting untuk kesihatan sel badan kita. So, nak ragu-ragu lagi?

Kesimpulannya, jika kita tak dapat apa yang kita inginkan bila makan sesuatu, don’t blame the food or product, but blame ourself yang tersilap pilih makanan. Apa lagi? Jom berubah untuk kesihatan sel tubuh kita :)