Pages

Sunday, July 8, 2012

kita bagus, result confirm bagus

Selamat sejahtera semua :)

Hati membuak-buak nak membebel kat sini lagi. Dah lama sepi atas sedikit kekangan.
Alhamdulillah, sudah selesai berpraktikal di tempat itu. Pengalaman dan memori terindah selama berada di sana. Never forget it!

Beberapa minggu lepas tahu result final exam. Hasilnya >>> kembali kepada asal. Terima dengan hati terbuka. Redha dengan segalanya. Cewah, ayat nak sedapkan hati je sebenarnya. Alhamdulillah walaupun jatuh merudum-rudum, tetap berada pada borderline tu. Alhamdulillah tak jatuh bawah lagi. Mestilah ada sebabnya kenapa saya dapat macam tu.

Minggu lepas result pun diterbangkan oleh pakcik posmen ke rumah. Awal-awal dah beritahu mak, tengok jela bila sampai. Result teruk. Lepas dah tengok, mak call. Ayat mak best bangat , " Takpelah dapat camtu pun, sem depan wat molek lagi, tahun last dah kan". Oh, my mom! You are very star in my heart :) Mak tak pernah marah atau bebel even anaknya ni dapat result yang hodoh. Tapi tak bermakna anaknya ni malas belajar. Eh, kalau rajin takkan dapat result ciput camni..hehe

Siang tadi lepas balik training saya ternampak seorang pakcik itu. Pakcik bertongkat itu yang kira-kira 3 bulan lalu saya selalu nampak dia dalam kelab tu. Duduk seorang diri di sudut bilik, perlahan-lahan habiskan nutrisi 1,2,3 itu. Sungguh terharu !


gambar google. lebih kurang camnila.

Dulu saya tengok pakcik tu jalan sangat perlahan,tersangkut-sangkut. Tadi tengok dah makin ok langkahnya. Alhamdulillah, pakcik tu konsisten dan istiqamah ke tempat itu. Bila dah dapat result yang positif, mestilah tak nak tinggal. Jika pakcik yang bertongkat pun mampu buat apa sahaja nak sihatkan diri, takkan kita yang jalan tak guna tongkat ni sayang nak berkorban sedikit untuk diri sendiri kan.
Pakcik, saya doakan pakcik akan semakin sembuh dan lepas ni jalan tak perlu guna tongkat dah. Ameen...

Sentiasa ada ibrah apa yang berlaku di sekeliling kita setiap hari ^_^


Nutrisi 1,2,3
Pasti yang terbaik!!!

No comments:

Post a Comment