Pages

Monday, July 30, 2012

Emak sihat, senang ibadat :)

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, fasa pertama Ramadhan sudah berlalu
Tapi kita masih punya baki 2 fasa untuk bersahur dan berbuka dengan nutrisi sihat ini :)



Cuba tengok gambar kat atas. She is my lovely mom, dunia dan akhirat. 54 years old mother, super duper mom for 5 daughters. 
Ok, back to the topic. Dulu-dulu emak selalu sakit lutut, sendi-sendi tangan dan kaki. Kadang-kadang tak boleh nak gerakkan jari tangan. Pelik bukan?
Eh, mana ada pelik. Kan dah berumur, logik jela kalau sakit-sakit sendi tu. 
Tapi kalau benda ni kita yang umur 20-an pun dah rasa lenguh-lenguh sendi, itu yang sangat pelik.
Sakit lutut ni sebabkan emak susah sikit nak solat. Maksudnya, nak rukuk,sujud semua tu payah sikit. Sometimes sampai merangkak atas sejadah. Jadi, emak pun carilah solusi.

 koleksi nak sihatkan sendi dan masalah sembelit

Ini dia koleksi emak dulu-dulu. Banyak kan? Macam-macam jenis ada. Orang cakap, kalau sakit sendi, makanlah pil glucosamine tu. Yes, i know about it. Emak dah makan, tapi tak berkesan sepenuhnya. Kalau dah berkesan, takdela guna banyak jenis kan?
So, sebagai anak yang sangat sayang kat emak ni, saya suruh emak ambil nutrisi 1,2,3. 
Alhamdulillah dengan kuasa Allah sakit emak semakin baik dan sekarang dah takde masalah bila nak solat :)

nutrisi 1,2,3 yang diminum oleh emak setiap hari :)

Saya la manusia yang paling happy bila mak dah sihat. Yang paling penting, mak dah tak sakit-sakit masa nak solat. Alhamdulillah, bulan puasa tahun ni pun emak masih teruskan minum nutrisi ini. Tengah-tengah tido, bangun pukul 11 malam blend shake f1. Oh, sungguh comel. Nak sihat, semua boleh buat :D

Hari tu jumpa mak cik, tetiba makcik tegur mak ," kak long, nampak kak long makin kuruslah "
Dalam hatiku, " yahooo. at least orang lain dah nampak perubahan pada badan mak. itulah kelebihan Herbalife:)

Saya pun cakap dengan mak ," haa mak, tengoklah makcik siap puji makin kurus..hehe"
Mak balas , " ye ke, tengok berat badan sama je "
Saya balas lagi , " alah, tu yang mak tengok dan rasa. yang orang lain tengok lain pula nampak kan. ada la tu kecik kat mana-mana lepas amik herbalife ".

Jadi, sesiapa yang ada mak tercinta yang ada masalah kesihatan, ape-ape aje silalah perkenalkan nutrisi sihat ini untuk emak anda. Jika dah makan macam-macam jenis ubat tapi emak sakit jugak, inilah peluang besar untuk anda. Oh, bukan emak sahaja. Seluruh ahli keluarga,saudara-mara dan sahabat handai anda yang hadapi masalah kesihatan dan ingin sihat, please sumbat nutrisi ini dalam badan ini.

Call me now and ask me how NOW : )
Sediakan payung sebelum hujan.

Thursday, July 26, 2012

"CHANGING PEOPLE's LIFE"




ANDA BERSEDIA UNTUK UBAH HIDUP ANDA?



Salam sejahtera
Saya ingin menjemput anda ke suatu acara yang mengubah hidup ramai orang di Bukit Gambang Resort yang dipanggl "CHANGING PEOPLE's LIFE"! 
Ini kali ke 3 kami menganjurkan acara ini dan saya amat gembira sekiranya anda dapat berada disana kerana saya yakin acara ini akan dapat membantu memperbaiki dan merubah situasi hidup anda sekarang!

"Berkhidmat kepada manusia membawa Kehebatan"

spectacular-event


Lebih 1,200 orang dari segenap lapisan masyarakat dan dari seluruh pelusuk negara akan datang untuk belajar menjadi lebih gembira, sihat, segar bugar dan membina kejayaan dan kebebasan kewangan dalam kehidupan mereka.
Acara dua hari ini akan mengajar anda tentang suatu sistem langkah demi langkah yang dapat memberi anda:


1. Kebebasan kewangan                                                                                                               
2. kegembiraan dan keceriaan
3. Kesihatan dan tenaga 
4. Cara untuk berkhidmat kepada ramai
5. jadi 'boss' anda sendiri
6. Kebebasan MASA
7. Kawan yang berjaya
8. Kawan positif yang menolong anda!                                                                                       9. PENDAPATAN PASIF yang HEBAT!!


Dan banyak lagi...
Kami akan menerbangkan khas 2 Jurulatih JUTAWAN terbaik untuk melatih anda DAPATKAN HASIL MENAKJUBKAN dalam kehidupan anda. Kedua insan luar biasa ini telah transformasi hidup mereka hanya dalam 5-10 tahun, mereka berjaya berubah dari "ZERO TO HERO" menjana pendapatan pasif 6 angka setiap bulan. 

EVENT INCLUDE: SPECIAL BUKAT PUASA DINNER ON SATURDAY
SATURDAY NIGHT: SOLAT TERAWEKH JEMAAH & KULIAH RAMADHAN

LOCATION: BUKIT GAMBANG RESORT 28-29 JULY

Ticket price normal RM180 for 2 day trainingNOW LIMITED PRICE ONLY RM80!!!

CALL / SMS ME NOW AND SAFE RM100:

(Only until 27 July)

Sunday, July 22, 2012

Nutrisi Selular Lengkap

Pertama kali saya menghadiri Zero to Hero di Bukit Gambang Resort pada 7-8 julai 2012, event ini saaaaaaangat best dan rugi siapa yang tak datang. Belajar daripada A sampai Z. Thanks to Achik yang sudi berdua dengan along ke sana. Next time kita boleh pergi lagi.


 



 
Speaker kedua pada hari itu ialah Dr. Khadijah Md.Jadi, seorang doktor perubatan yang dah kerja 20 tahun. Now, fulltime in Herbalife J.
Masa ni saya rasa syukur sangat sebab saya dapat ilmu yang saya tak dapat sepanjang saya belajar dalam bidang pemakanan selama 4 tahun. Dr. Kadijah menerangkan tentang konsep nutrisi selular. Yes, herbalife is a cellular nutrition that good for human body. Nutrisi Herbalife ini merupakan makan untuk sel tubuh manusia, tubuh kita. Tubuh kita ni terdiri daripada 100 trillion sel. Woh, banyak saaangat sel kan. Kita pun tahu kan sel ni sangat penting dalam tubuh. Kita manusia ni pun diciptakan daripada satu sel, kemudian terus berkembang hingga menjadi satu badan yang lengkap. Alhamdulillah.
Korang tahu tak apa cara untuk dapatkan sel tubuh yang sihat? Tahu tak apa makanan yang bagus diambil untuk kesihatan sel tubuh kita?


Jawapannya ialah nutrisi herbalife. Nutrisi ini ialah makanan untuk sel yang mempunyai tiga fungsi utama iaitu CAR (Cleanse intestine, Absorb nutrient, Repair & Regenerate). Fungsi pertama ialah untuk bersihkan usus kita. Usus kita ni terdiri daripada villi iaitu jejari halus ala-ala pengelap kaki tu. Dan usus ini sangat penting untuk proses penyerapan nutrien. Jadi, nutrisi herbalife diformulasi untuk menyokong kesihatan villi. Bila villi sihat, senanglah nutrien diserap. Bila villi tak sihat, kau makan la apa jenis makanan yang sihat pun, nutrien tu takkan diserap. Sebab tu orang yang kurus susah nak naik berat badan. Dah makan macam-macam untuk naikkan berat, minum susu la, makan weight gain vitamin la. Tapi sebab ususnya tak bersih, usus tu tak mampu serap pun apa yang korang telan. Sama la jugak macam orang yang nak turunkan berat. Makan macam-macam jenis produk, kurang makan nasi, roti, banyak bersenam, kawal makan tapi berat macam tu jugak. Kalau turun pun sikit je, lepas tu naik balik. Sebab apa? Jawapannya hanya satu. Sebab USUS KOTOR.

Fungsi kedua pula ialah untuk penyerapan nutrien. Tak best kan bila kita makan, makanan tu tak diserap pun ke sel seluruh tubuh, lepas tu dibuang macam tu je. Maksudnya mungkin nutrien yang baik tu kita buang balik masa kat tandas. Makan – flush, makan – flush. So, apa tujuan kita makan tu kalau tak boleh kasi khasiat pada badan sendiri kan? Jadi, nutrisi ini memang tepat untuk sel badan kita. Bila dah makan nutrisi ini, sel-sel badan yang tak betul tu akan dibaiki dan apa-apa nutrien yang dimakan lepas tu diserap dengan jayanya. Senanglah nak naikkan berat, turunkan berat atau kekalkan berat badan kan?

Fungsi ketiga ialah membaiki dan membina semula sel-sel badan yang rosak dalam tubuh kita ni. Salah satu punca kerosakan sel ialah daripada makanan yang kita ambil setiap hari. Jadi, cara untuk baiki balik dan bina semula sel yang sihat ialah melalui nutrisi selular. Memanglah kita makan makanan yang sihat setiap hari kononya, ambil buah, ambil sayur, ambil protein tapi tak semua nutrien akan diserap jika sel tidak sihat.
Cara untuk mendapatkan sel tubuh yang sihat ada 4 cara :
1-      Bahan semulajadi yang rendah kalori
2-      Makanan berserat tinggi
3-      Protein tumbuhan yang sihat
4-      Makanan yang terdiri daripada pelbagai warna buah dan sayur (tinggi antioksidan)
Dari mana kita nak cari satu jenis makanan yang ada semua fungsi ni?
Contohnya roti whole grain dah rendah kalori dan serat tinggi. Tapi takde protein tumbuhan yang sihat dan takde warna buah sayur pun. So, tak complete pun.Sebab itu Herbalife ini merupakan nutrisi selular yang sangat sesuai untuk tubuh manusia. Tahu tak siapa yang reka? Ni dia :



Nampak tak gambar Dr. David Heber? Beliau ni Director in Center for Human Nutrition, UCLA. Lepas tu Dr. Luigi Gratton, clinical physician di tempat yang sama. Mereka dah kaji tubuh manusia, kaji sel-sel apa yang bagus untuk tubuh kita dan fikir kandungan nutrien apa yang penting untuk kesihatan sel badan kita. So, nak ragu-ragu lagi?

Kesimpulannya, jika kita tak dapat apa yang kita inginkan bila makan sesuatu, don’t blame the food or product, but blame ourself yang tersilap pilih makanan. Apa lagi? Jom berubah untuk kesihatan sel tubuh kita :)